Monday, February 21, 2011

~Kembara Mencari Hati~


Ada masa dan ketika, aku menangis….dalam mengenang duka, dalam mengenang dosa….tapi adakah air mata itu akan terus mengalir?? Mengalir hanya tika datang insaf….tapi adakah insaf itu setiap ketika datang mengundang???

Hati bertambah sebak bila ada yang menyebut akan menjadi tetamuMU….bilakah tiba giliranku???terasa rindu ingin menangis, sujud di Tanah Haram itu menjadi tetamuMU…..walaupun tak pernah menjejakkan kaki ke sana, tapi rasa rindu itu tetap ada….tapi layakkah aku???hamba yang hina…yang tiap kali bersujud taubat memohon keampunan, tiap kali dia kembali alpa mengulang dosanya….terkadang terasa amat rindu….tapi bersediakah aku???

Dalam perjalanan mencari hati yang baru itu bukan mudah….tersangat sukar kurasakan seperti mendaki gunung tinggi tanpa terbantu…atau seperi berjalan sendiri di padang pasir penuh debu dan terik…ya! Terasa amar sukar….amat sukar kurasakan sampai ketika akal menduga mampukah aku menggapai hati yang baru itu???mampukah aku istiqamah dalam merubah secara total???

Ya! langkah pertama telah berjaya ku orak….menjauhkan serta meluputkan semua ingatanku terhadap perkara-perkara yang bakal mengganggu gugat perjalanan panjang dan pendakianku dalam menggapai hati yang baru….

Keduanya, aku harus terus kuat….kuat melangkah dan terus melangkah walau terduga oleh angin taufan sekalipun, juga berperang dengan kedegilan hawa nafsu.....hanya pada ALLAH aku pohon semoga dikurniakan kekuatan…kekuatan yang luar biasa….

Ya ALLAH! Aku mohon petunjuk dan bantuanMU…hanya padaMU aku mampu memohon…aku hanya mampu berdoa…semoga perjalanan mencari hati yang baru itu dipermudahkan dan semoga aku kuat untuk terus melangkah…mengembara mencari hati yang aku idamkan itu….

Semoga KAU permudahkan perjalan dan pendakian panjangku…..

Hanya padaMu aku memohon~~

No comments:

Post a Comment