Photobucket

Wednesday, May 11, 2011

"Sungguh!aku kagumi dia"

✿¸.•❤••❤•.¸✿¸¸بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ¸¸✿¸.•❤••❤•.¸✿

Kaki melangkah masuk...satu rumah yang aku kirakan sebagai agak uzur...ya biasalah rumah kampung....aku memang jenis orang yg xpandai nak sembunyikan rasa hati...ya, bila x suka, memang jelas la dimuka wajah xsuka...tapi pagi itu..terasa terdidik untuk cuba sembunyikan rasa ketidak sukaan tu...mana tahu..takut2 ada yang tersinggung....dalam hati terlintas kata,
"kenapa rumah x terurus macam ni...kenapa x kemas"...

mungkin ketidak biasaan itu buat aku terkedu tanpa kata...dalam hati macam2 kata hairan keluar...terkejut mungkin....melihat keadaan rumah yang agak bersepah...tidak terurus...seperti rumah yang bersepah kerana ramai kanak2...tetapi bila kukerling kekiri ke kanan...tiada satu pun kelibat kanak2...yang ada cumalah seorang perempuan tua sedang duduk menonton televisyen bersama sang suami yang setia menemani...

keputusan untuk singgah masuk buat aku serba salah....mahu duduk rasenye seperti ade yang x kena...mahu terus berdiri serasanya seperti takut ada yang mengatakan tidak sudi....lalu aku putuskan untuk pergi menyalami sang wanita tua itu....kuhulur tangan tanpa kata....nak mulakan bicara pun xtahu apa yg harus dikatakan...mungkin masih terkejut dgn keadaan rumah usang itu...

"mak cik.." kataku sambil menghulur tangan untuk bersalam...
"tangan kotor" kata wanita tua itu sambil terus menyuap entah ape, kacang mungkin ke dalam mulutnya....tangan aku dibiarkan berbalas kosong....lantas kutarik tanganku, sambil senyum sendiri....sedikit pun tidak tersinggung....

aku kembali duduk...menunggu sang teman mengambil baju2nya untuk dibawa sekali....seusai menunggu...kaki melangkah masuk ke kereta, pergi begitu saja tanpa aku mengucap sebarang kata kepada wanita tua itu....terasa segan juga pun ada....terasa hilang tingkah pun ade....

dalam kereta, sang teman memulakan bicara...

"macan ni la rumah saya kalau hari bekerja"....katanya tenang sambil senyum padaku...

"ouh...itu emak cik?", aku menjawab memulakan bicara ingin menyelongkar cerita di sebalik cerita...

"a'ah mak....hmmm...macam tu la keadaan dia...asyik duduk macam tu je", dia sambung lagi...

aku masih x berpuas hati...x dapat mendengar cerita selanjutnya...aku cuba untuk korek lagi....

"sakit ke?", aku bertanya....

"a'ah...sakit....stroke sbb darah tnggi....dah 2 tahun lebih dia terlantar macam tu...kesian jugak kat dia kadang2....dah merata tempat dah pergi untuk berubat....tapi setakat ni semua x berhasil...hmmm....rumah saye tu kalau hari bekerja memang macam tu la...x sempat nak kemas sume....pagi sye dah bangun, sempat buat sarapan je untuk mak ngan abah...then, x sempat nk kemas, sye dah kene pegi keje...balik keje pulak nanti baru la sempat nak kemas....kemas dapur semua, ruang tamu...then baru la boleh nak tidur...", dia memulakan bicara panjang semakin jelas....

"ouh...a'ah kan...cik nak pegi keje lagi..mane sempat nak kemas kan?kesian jugak tgok....2 tahun duduk sakit mcm tu....memang dah merata la pegi berubat ye?" aku bertanya lagi...x sabar nak dengar cerita selanjutnya....

"dah merata dah cube hantar berubat...semua macam x berhasil..xtau dah nak hantar kemana....kadang2 kesian sgt tgok dia...kalau kite duduk kat die...dengar la die akan mengeluh je....die tanya bile die bole sihat mcam dulu?mule2 dulu time die sakit lagi la...tgh2 malam die akan panggil kite nak tukar pampers, sebab die tak biase kan....memang selalu la kene bangun tgh2 malam...kadang2 die panggil kite sbb gatal la...suruh garu la...sye kadang2 kan tgh buat keje rumah, masak sume....kadang2 nak marah memang ada....tapi sabar je la..emak kan....

"yang paling saye terasa mase ade la adik beradik dtg rumah, diorang tgok rumah bersepah semua...kata saye duduk relaks saje je kat rumah tu...x kemas rumah semua...YA ALLAH, sye ni sabar je la...saye nk kemas rumah pun x sempat nak keje lagi...hari cuti je sye sempat nak kemas rumah secara total...hari keje memang sye x sempat..."dia sambung lagi...panjang ceritanya....

Tiba2 rasa sebak datang...cube menyelami apa yang dia rasakan..

"sekarang ni alhamdulillah la saye keje dekat dgn rumah....so, ade la kat rumah selalu tgok2 kan mak....dulu, sblum saya kerja sini....tiap2 mnggu saye balik...jumaat petang, sye dah pecut balik rumah....hanya sabtu ngan ahad je la bole balik, uruskan rumah tgok2kan mak...waktu tu la sye kemas semua rumah, basuh baju mak..basuh pinggan semua....ayah saye x pandai sgt nak uruskan...dye pun keje jugak..tapi, alhamdulillah la, ayah sgt sabar tunggu mak....bukan senang nak cari lelaki macam tu sekarang....."

"pernah sekali mak sye suruh ayah sye kawen lain...tapi ayah sye xnak...alhamdulillah la ayah sye sabar nak jage mak saye..."sambung dia lagi dengan nada sedikit sebak mungkin....

"a'ah kan..bukan senang nak cari lelaki macam tu sekarang...lelaki sekarang, pantang kene offer suh kawen lagi..cepat je....", aku pulak cuba beri komen...

Dia kemudian menyambung lagi...mungkin ingin meluah rasa ape yg membuku di dada...

"hmmm...sye nanti xtau la orang hantar sye kemana pulak keje...nanti cmne dengan mak sye...spe pulak nk tgok2 kan die....ade jugak org tye saye kenape x kawen...tapi tu la, nnti sape nk jage mak saye kalau saye kawen...tapi...kalau saye x kawen sape pulak nak jaga saye...."

"saye harap la suatu hari nanti, kalau saye jumpa someone, saye harap sgt jumpa dgn orang yg boleh terima keadaan mak sye...yang boleh terima nak jaga mak saye jugak", kata dia lagi penuh harapan...

"xpe la cik...InsyaALLAH, ade jodoh mesti kawen kan nanti..." balasku sambil senyum menutup kata....dan dibalas senyuman oleh dia....

✿¸.•❤••❤•.¸✿¸¸✿¸.•❤••❤•.¸✿¸¸✿¸.•❤••❤•.¸✿¸¸✿¸.•❤••❤•.¸✿¸¸✿¸.•❤••❤•.¸✿


selesai mendengar kisah dia..aku terdiam tanpa kata....cube untuk selami apa yang dia rasa...

lalu aku jeritkan pada diri aku

~"JANGAN CUBA UNTUK ADILI SESEORANG TANPA TAHU APA YANG TERTANGGUNG OLEH MEREKA.....CUBA HAYATI DAN RASAI SEPERTI KAMU BERADA DI TEMPAT MEREKA....DAN KEMUDIAN ADILI LAH SEADILNYA...MUNGKIN SELEPAS ITU BARU KAMU TAHU....MENGADILI SESEORANG ITU MEMANG MUDAH...TAPI MENANGGUNG KEPAYAHAN ITU, BUKAN CALANG-CALANG DAN SEMBARANGAN ORANG YANG KUAT DAN SABAR UNTUK MENANGGUNGNYA"~

sungguh! jika aku ditempat dia, aku rase x mungkin aku mampu untuk jadi setabah dia...menguruskan kerjaya seorang jurutera, sekaligus menjaga rumah, menguruskan ibu yg sedang sakit...

sungguh!..jauh dalam sudut hati berdoa, semoga suatu ketika nanti andai aku tertakdir merasai ape yang terasa oleh dia...aku mohon, untuk diberi kekuatan sekuat dia....



KEPADA SANG SAHABAT...SEMOGA ALLAH MEMBERKATI SETIAP KEPAYAHAN YANG AWAK TANGGUNG...SEMOGA DALAM KEHIDUPAN SELEPAS KEMATIAN NANTI, ALLAH BERIKAN SATU GANJARAN YANG CUKUP HEBAT BUAT AWAK BERKAT KESABARAN AWAK.....SEMOGA SETIAP LANGKAH PERJALANAN AWAK, ALLAH SENTIASA MELIMPAHKAN RAHMATNYA DAN SEMOGA DIA PERMUDAHKAN SETIAP LANGKAH-LANGKAH AWAK MENCARI KEBAHAGIAN DUNIA DAN AKHIRAT....

✿¸.•❤••❤•.¸✿¸¸✿¸.•❤••❤•.¸✿¸¸✿¸.•❤••❤•.¸✿¸¸✿¸.•❤••❤•.¸✿¸¸✿¸.•❤••❤•.¸✿
SUNGGUH! AKU AMAT KAGUMI DIA....

MOHON YA ALLAH....SEMOGA AKU ADA KEKUATAN SEKUAT DIA....

BENTENG DARI IBLIS

Bismillahirrahmanirrahim....kisah ini dicopy dari website http://www.tayibah.com/...selamat sabar membaca....


SEORANG sufi bercerita bahawa dia telah mengadakan pengembaraan ke bukit Lukam bersama sepuluh orang temannya selama beberapa hari. Apabila memasuki kawasan lembah dia berjumpa dengan sebuah telaga yang airnya sangat jernih dan di tepinya terdapat sebuah masjid yang dibuat dan batu-batu putih. Sebuah mata air keluar dan batu di bawah masjid dan mengalir ke telaga. Orang sufi itu masuk ke dalam masjid dan duduk di situ sehingga masuk waktu Zuhur. Seorang lelaki memasuki masjid terus berazan, kemudian memberi salam kepada si sufi dan solah dua rakaat.

Selepas itu dia mengucapkan iqamah untuk solat Zuhur. Seorang Syekh datang bersama tiga puluh orang lelaki lainnya. Dia maju ke hadapan dan mengimamkan solat. Sementara orang-orang yang lain termasuk si sufi bersama teman-temannya solat di belakangnya. Setelah solat Zuhur selesai, mereka beredar tanpa bercakap-cakap sepatah kata pun. Pada waktu solat Asar, mereka tidak datang, maka orang-orang sufi mengerjakan solat sendiri.


Barulah ketika masuk waktu solat Maghnib, lelaki bilal datang dan disusul oleh Syekh dan kumpulannya. Selepas solat Maghrib, mereka duduk di situ sehingga masuk waktu Isya dan solat bersama-sama rombongan sufi. Setelah itu mereka beredar tanpa bercakap sepatah pun, sementara orang-orang sufi tetap di dalam masjid.


Beberapa minit kemudian salah seorang di antana teman Syekh datang ke masjid dengan membawa susuatu dan diletakkannya di salah satu sisi masjid.


"Mari sini semua! kata lelaki itu memanggil orang-orang sufi.


Orang-orang sufi itu pun mendekat pada benda yang ditutup dengan saputangan putih bersih itu. Apabila saputangan disingkap, teryata di bawahnya ada meja makan yang dipenuhi dengan makanan sebangsa tharid yang sangat sedap. Mereka pun makan dengan sedapnya. Anehnya makanan itu tidak berkurangan walaupun telah dimakan oleh orang ramai.


Menjelang waktu sahur, lelaki itu datang lagi dengan membawa hidangan seperti sebelumnya. Setelah makan sahur, mereka menunggu untuk solat Subuh. Syekh Imam datang dan terus mengimamkan solat, kemudian duduk berzikir, membaca Al-Quran, memuji Allah dan berdoa dengan doa yang baik.


Syekh kemudian menghadap kepada para jemaah dan berkata: "Sesungguhnya Allah SWT telah mensyariatkan dua perkara ke atas makhluknya di dalam satu ayat, tapi manusia lalai terhadapnya.


"Apa dia Syekh? tanya orang sufi.

"Sila maju ke hadapan. pinta Syekh.


Orang-orang pun maju, kemudian Syekh meneruskan syarahannya.

"Wahai anakku! sesungguhnya Allah Subhanahu wa Taala telah berfirman (yang ertinya): "Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu semua. kata Syekh itu sambil menyebutkan sifat-sifat musuh tersebut.


Kemudian meneruskan sambungan firman Allah di atas (yang ertinya): "Anggaplah dia sebagai musuh.

"Inilah perkana yang penting bagi kita, iaitu menjadikan syaitan itu sebagai musuh. kata Syekh lagi.

"Jadi, bagaimana kita membentengi diri dan musuh tersebut? tanya si sufi.


Syekh menerangkan: "Benteng yang pertama dibuat daripada emas, iaitu makrifat kepada Allah. Di sekeliling benteng pertama itu ada benteng kedua yang dibuat dariipada perak, iaitu iman kepada Allah. Di sekeliling benteng kedua, ada benteng ketiga yang dibuat daripada besi, iaitu tawakal kepada Allah. Benteng ketiga dikelilingi oleh benteng keempat yang dibuat daripada batu, iaitu syukur dan redha kepada Allah. Benteng keempat dikelilingi lagi oleh benteng keliima yang dibuat danipada tembikar, iaitu melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar. Benteng kelima dikelilingi oleh benteng keenam yang dibuat danipada zamrud, iaitu terdiri dan jujur dan ikhlas dalam segala perkara. Benteng keenam dikelilingi pula oleh benteng ketujuh atau benteng paling luar yang dibuat danipada intan permata, iaitu budi pekenti.


Syekh meneruskan syarahannya: "Orang yang beriman bertahan di dalam ke tujuh-tujuh benteng tersebut, manakala Iblis berada di luar sambil menyalak seperti anjing. Orang yang beriman tidak akan terpengaruh akan salakan Iblis tersebut kerana dia telah berlindung dalam beberapa lapis benteng. Oleh kerana itu, seorang yang beriman hendaklah jangan mengabaikan budi perkerti atau akhlak dalam segala perkara dan jangan memandang rendah setiap perkara yang datang kepadanya dengan akhlak yang baik. Kerana barangsiapa yang meningga]kan budi pekerti atau akhlak yang balk dan memandang rendah terhadapnya, bererti dia telah meninggalkan benteng paling luar (benteng ke tujuh), dia telah tertipu. Bila sudah demikian Iblis akan terus menerus merebut benteng-benteng yang lain sehinggalah pada benteng yang pertama iaitu merebut iman seseorang hingga dia menjadi kafir dan berkekalan di dalam neraka. Nauzu billah. Inilah akibatnya jika seorang beriman meninggalkan budi pekerti yang balk. Oleh itu kita mohon kepada Allah agar mengurniakan adab yang balk.


"Wahai Syekh! Berilah saya satu wasiat. kata si sufi.


"Boleh Saja. Bersungguh-sungguhlah engkau dalam mencari redha Allah sebagaimana engkau bertungkus lumus mencani redha dirimu. Tuntutlah urusan duniamu sekadar keperluan engkau berada di dalamnya, dan beramallah untuk Tuhanmu dengan kadar hajatmu terhadap-Nya. Janganlah sampai tertipu oleh Iblis. Elakkan maksiat dengan kadar engkau tidak sanggup untuk duduk di atas api neraka. Pelihara lidahmu dan perkara-perkara yang tidak diharap ada pahala di dalamnya sebagaimana engkau menjaga dirimu dan berniaga yang tidak mendatangkan untung.


Setelah itu tinggalkan empat perkara sehingga datang empat perkara, nescaya engkau tidak akan khuatir mati pada bila-bila masa. Yang pertama tinggalkan nafsu syahwat sehingga berada di dalam syurga. Kedua, tinggalkan tidur sehingga tidur panjang di dalam kubur. Ketiga tinggalkan istirehat sehingga sampai ke shirat. Keempat, tinggalkan kemegahan sehingga sampai pada timbangan (mizan).


Sebaik saja memberikan nasihat dan wasiat, Syekh misteñ itu meninggalkan tempatnya, sementara si sufi dan teman-temannya masih ada di masjid itu sehingga malam. Lelaki yang bertugas menghidangkan makanan datang dengan membawa makanan seperti biasanya, lalu mereka makan bersama. Tiga hari tiga malam si sufi itu tinggal di masjid misteri tersebut.


Pada han yang keempat, Syekh memberiikan nasihat yang terakhir kemudian berkata:


"Wahai para pemuda! Rahsiakanlah tempat ini, nescaya Allah akan menutup aibmu di dunia dan akhirat.


Rombongan orang sufi beredar dari masjid ajaib itu dengan membawa sejuta kenangan dan pengajanan. Radiallahu anhum.

Monday, May 9, 2011

ALLAH

Ya ALLAH...

janganlah kau goyahkan hatiku selepas kau memberi kekuatan kepadaku...


mohon YA ALLAH...



Kuatkan aku YA ALLAH....

Monday, May 2, 2011

COUPLE --------> KEPADA YANG MENCARI JAWAPAN~

Assalamualaikum....entry kali ini, sye copy n paste dari jawapan 'Ana Lili'...soalan tentang couple....silalah sabar membaca..=)


Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..

Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..

Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..

Ada pula yang kate saya kuat emo..

Sikit-sikit nak marah..

Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak

kononnya nak tarik perhatian orang lain

saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya

terutamanya pelajar-pelajar perempuan..

Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..

tapi saya tak kesah..

asalkan ada yang terhibur..

Tapi saya tetap merasakan kekosongan..

Memang lumrah manusia..

Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita

Macam itulah yang saya rasa..

Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..

Di dorm sms awek sampai pagi..

ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir..

"Adakah aku perlu BERCINTA?"

Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..

saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..

Dan masa itulah saya kenal awak..

saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..

Tapi saya tak kisah..nak beli gak..

akhirnya, dipendekkan cerita..

saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat

Apa orang kata..'ALL OUT'lah..

haha..

Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..

'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..

Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..

Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..

Semuanya indah..

Sikit-sikit gurau-gurau

Sikit-sikit gelak-gelak

kalau merajuk men pujuk2..

kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..

Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..

Saya pernah terikir..

Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,

kata saya macam-macam..

Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..

Alhamdulillah..

Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa

dan saya kena brubah..

Hidup saya mesti selari dengan Islam..

Saya kena jadi baik..

Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..

semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..

Rapatkan diri dengan Al-Quran..

Selalu solat jemaah awal waktu..

Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran

Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,

Saya taknak jadi baik seorang diri..

jadi saya ajak awak sekali..

Saya ajak awak baca Al-Quran..

saya kejut awk bangun subuh..(calling)

saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..

Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.

Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..

bercinta kerana Allah..

Kita couple tak macam orang lain..

Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..

ade yang siap wat mksiat lg..

pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..

Tapi kita couple baik-baik..

Jaga batas-batas syara'..

Tak guna ayat jiwang-jiwang

janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..

cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu..

Saya pun banyak nasihat awak..

Awk pun terima..

Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu

Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..

Dan akhirnya saya rasa..

Hubungan kita semakin diredahai..

Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..

Dalam proses perubahan saya,

Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..

Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.

Kalau kita tidak berdakwah..

kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.

sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,

surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di

antara mereka berkata: "Mengapa kamu

menasihati kaum yang Allah akan

membinasakan mereka atau mengazab mereka

dengan azab yang amat keras?" Mereka

menjawab: "Agar kami mempunyai alasan

(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,

dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik

Tegur mereka apa sahaja yang silap..

Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..

Saya mesti nak tegur.

Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..

Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..

saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya..

tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..

macam betul pulak..

huhu~~

tapi biasala..

kalau kita suka satu benda tu..

kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..

dan teruskan saja hubungan kita..

kita tak buat maksiat..

Kita jalan-jalan x pegang tangan..

tak jiwang-jiwang..

Cuma saling ambil berat..

Tanya khabar..

Borak-borak..

Siap bagi tzkirah lagi..

Apa yang haramnya dengan benda ni?

Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...

Masa ni dah nak dekat Trial SPM..

lagi tiga minggu sebelum trial..

dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..

buat study group

Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima..

ada juga yang buat tak tahu

Kadang-kadang bila tegur..

saya kena marah pula..

macam-macamlah alasannya

ada kata saya tegur tak berhikmah..

ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..

Tapi tak kisah..

saya ada tempat mengadu..

huhu~~

Suatu masa..

ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..

saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain

(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu

melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,

padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?

Maka tidakkah kamu berfikir?

(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ini aku asyik tegur orang je.

Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,

Cepat marah, suka buang masa,

ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..

Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang

hak dengan yang batil dan janganlah kamu

sembunyikan yang hak itu, sedang kamu

mengetahui.

(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu kritikan kawan..

"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau

dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..

Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?

Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?

Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah

tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?

Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..

saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..

Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..

saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..

sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..

Dalam fikiran saya..

"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."

******

Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,

pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri

Lagipun kami semua penat..

takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..

pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..

Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.

Tapi saya tragak-agak..

"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak

buat macam mana? Aku kena clash ke?

Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau

tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..

Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit

boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang

kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."

Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:

Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik

perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.

(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."

Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..

Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

*******

Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.

Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,

ia penuh dengan penipuan,

kekecewaan,

dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..

tiada penipuan,

tidakkan pernah mengecewakan

itulah cinta abadi..

Cinta yang diredahai
..

-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.

Saya pasti apa yang saya buat ni betul.

Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.

Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya. .

Thursday, April 28, 2011

SAHABAT, TOLONG DOAKAN SAYA...=)




Assalamualaikum.....

Entry kali ini, saye tuliskan untuk sahabat2 saye...yang sudi menasihati, menyedarkan...terima kasih sahabat...semoga ALLAH memberkati hidup kalian...

Jauh dalam sudut hati saye mengaku bahawa kata-kata kalian itu sedikit sebanyak memberi
keyakinan dan kekuatan kepada saye, saye sedang dalam usaha kearah itu...
InsyaALLAH berkat usaha dan doa kalian....semoga ALLAH permudahkan langkah2 saye untuk mencapai ape yang saye hajati....semoga ALLAH permudahkan...semoga ALLAH permudahkan....

------> SAHABAT, TOLONG DOAKAN SAYA...=)

Thursday, March 24, 2011

~ALLAH HIS HAS CONCRETE REASONS~



Ade satu peristiwa yg membuat sye terdetik untuk menulis...meluah ape yang terase...berkongsi ape sepatutnye yg dirasa...


********peristiwa berlaku pada hari Rabu berlatarkan pejabat (A)********


MNG : encik H, encik ade nak pegi site kan hari ni??sye nk ikut..


Encik H : ouh..aah..ade2...okay2..jap lagi awk ikut sye eh...

5 minit kemudian.......

Encik H : nk pegi site kan??jum..

MNG : okeh encik! (sambil siap2 pkai boot bbagai)

5 saat kemudian......

Encik H : awak...esok la awk ikut sye pegi eh...hari ni ade org laen nk ikut...so, kete dah
full...esok eh....

MNG : ouh...okay( dalam hati kecewa)
: lorrr....dah kate bg aku ikut...smlm lagi...ni ade plak org sibuk2 nk
ikut...hissshh (dalam hai lagi..)


*******Main laptop sambil muncung mulut kecewa*****


Jurutera W : Awak..awak ade keje x???nk ikot saye x..jalan2 ronda2...nak??jum (ronda2 tgok jalan, defect di jalan, tanah runtuh, etc.)


MNG : dalam hati dah berbunge2 sambil jawab..'xde keje cik!nk..sye nk ikut...'


*******ikot jurutera W naek Roadcare sambil ngantuk2 dalam van******

~~Sambil dalam van, sye termenung sendiri....mengingat kate2.....

" KAITKANLAH SEMUA YANG BERLAKU KEATAS KAMU DENGAN
AKHIRAT..INSYALLAH KAMU AKAN MENJADI HAMBA
YANG SEMAKIN BERSYUKUR"


~sesuatu yang cukup jelas bersesuaian sgt dengan ungkapan


' JANGAN PERNAH BERSEDIH DENGAN SESUATU YG DIA AMBIL DARI KAMU, KERANA PASTI SUATU KETIKA NANTI DIA AKAN MEMBERIKAN SESUATU YANG LEBIH BERMAKNA BUAT KAMU'~


Kini sye makin percaya dengan itu...dimana ketika sye bersedih dan kecewa kerana tdak berpeluang ke site...sye diberi sesuatu yg lebih dari itu...




Site : perkara biase sye tgok...


Ronda2 dgn J.W : belajar benda baru...



~ape yang terlintas dari fikiran saye dari peristiwa ini ialah, sesungguhnya ALLAH itu maha

tahu, apa dalam hati kita ... DIA tahu apa yang terbaik buat kita ... DIA juga tahu apa yang lebih


kita perlukan .. kerana DIA maha tahu semuanya, hatta sehelai daun yang gugur pun DIA tahu....


lalu, hari itu juga sye jeritkan pada diri sendiri supaya...


'JANGAN PERNAH BERSEDIH DENGAN SETIAP APA YANG DIA AMBIL DARI KAMU....JANGAN PERNAH KECEWA DENGAN SETIAP APA YANG TIDAK TERCAPAI OLEHMU...JANGAN PERNAH MARAH ANDAI APA YANG KAMU IMPIKAN TIDAK MENJADI MILIKMU...LALU BERSABARLAH DENGAN APA YANG DIA AMBIL DARIMU...SENYUMLAH DENGAN RASA DUKA DAN LUKA YANG KAMU RASA...
MOHONLAH AGAR KAMU SENTIASA KUAT DENGAN APA YANG DIA UJI KEATASMU....KERANA SESUNGGUHNYA, BELUM LENGKAP IMAN SESEORANG JIKA MEREKA BELUM DIUJI....
KERANA SUATU KETIKA NANTI...BERKAT KESABARAN ITU, BERKAT REDHANYA KAMU DENGAN KUN FAYAKUNNYA ITU, DIA PASTI AKAN MENGURNIAKAN SESUATU BUAT KAMU..SESUATU YANG AMAT BERMAKNA BUAT KAMU...SESUATU YANG HEBAT BUAT KAMU...CUMA BEZANYA LAMBAT DAN CEPAT...LALU SABARLAH MENANTI....IA PASTI AKAN MUNCUL....JIKA TIDAK DI DUNIA, IA AKAN MUNCUL DI ALAM AKHIRAT....
ITU PASTI..SANGAT PASTI...'

"DAN INGATLAH SETIAP YANG TERTAKDIR KEATASMU ITU ADALAH KEHENDAKNYA....KERANA DIA YANG MAHA TAHU SEGALA RAHSIA...KERANA DIA PUNYA ALASAN YANG AMAT KUKUH"

*ALLAH HAS HIS CONCRETE REASONS*



Thursday, February 24, 2011

~Kesedihan yang dibayar~

assalamulaikum

syukur yang teramat sangat...
akhirnya kesedihan selama ini dibayar....
bukan dengan perkara yang sama...
tapi KAU balas dengan sesuatu yang lebih bermakna...

tanpa kesedihan dan kekecewaan itu...
x mungkin aku akan dibayar dengan bayaran yang lebih bermakna ini...
Terima kasih ya ALLAH...
syukur ya ALLAH...

~BUILD UP BACK MY INNER STRENGTH~