Sunday, March 22, 2009

~Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam.~

ini adalah benar.
sila baca sehingga habis.
Dan tolong sebarkan kepada seberapa banyak orang islam yang boleh.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh..
ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad S.A.W.
iaitu Sheikh Ahmad Maeine(saudi arabia)
Pada suatu malam,ketika membaca AL-Quran di makam rasul,selepasmembaca lalu hamba tertidur,dalam tidur hamba bermimpi didatangi rasul lalu bersabda kepada hamba,
dalam 60 000 orang yg meninggaldi zaman ini,tiada seoran pun yang matinya dalam keadaan beriman.
a)isteri yang tidak dengar kata suami
b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa
c)orang tidak lagi berzakat dan membuat kebajikan.
Oleh itu,wahai Sheikh Ahmad,hendaklah kamu menyedarkan kepada orang islam supaya membuat kebajikan,kerana hari penghabisan akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit,matahariakn di atas kepala.
PESANAN HAMBA INI
a)berselawat ke atas junjungan nabi kita nabi Muhammad S.A.W
b)bertaubatlah segera sementara pintu taubat masih terbuka
c)bersembahyanglah
d)berzakat-jangan ditinggalkan
e)menunaikan fardhu haji-bila berkemampuan
f)jangan derhaka kepada kedua ibu bapa..

UNTUK MAKLUMAN
a)seorang saudagar dari Bombay telah menerima surat ini dan beliau mencetak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada yang lain,dia kemudiannya dianugerah Allah dengan mendapat keuntungan besar dalam perniagannya
b)seorang hamba Allah menerima surat ini tetapi tidak mengendahkannya dan menganggap wasiat ini palsu,maka selang beberapa hari kemudian,anaknya meninggal dunia.
c)pada tahun 1977,Tun Dato Mustapha bekas menteri Sabah menerima wasiat ini kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantarnya kepada orang lain maka selang beberapa hari kemudian dia telah mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di Malaysia Timur
d)Tan Sri Ghazali JAWI bekas menteri besar Perak secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan untuk di sebarkan kepada orang lain tapi beliau telah menyedari kesilapannya,lalu mencetak semula wasiat ini dan mengirimkan kepada orang lain,beberapa hari kemudian beliau telah di lantik menjadi menteri kabinet perdana menteri
e)Zulfikar Ali Bhuno telah menerima wasiat ini dan tidak percaya akan kebenarannya juga menganggap palsu lalu membuangnya ke dalam tong sampah,seminggu kemudian beliau telah di jatuhkan hukuman pancung sampai mati
f)di Terengganu,seoarang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari pengirim yang tidak di kenali yang datangnya dari Perak lalu beliau telah membuat sebanyak 20 salinan seperti yang dituntut.
Alhamdulillah dia dianugerahkan seorang gadis yang berakhlak mulia seperti yang di tuntut oleh islam.baginya anugerah ini paling agung dan tiada tandingannya
g)di Terengganu juga,seorang hamba Allah telah menerima wasiat ini dari orang yang tidak dkenali,tpi kisahnya tidak dapat di pastikan di sini..


Dulu..ana pown pernah dapt surat ne..Waktu tu ana darjah 6...

Dari ustazah ana...(Tidak berniat utk memburuk-burukkan)
Selepas kelas..ana pown balik rumah..ana beritahu ayah ana supaya fotostat surat tersebut.. ana katakan takut mati...(astaghfirullah hal 'azim....)
Tanpe kate ape2..ayah ana bacakan sebuah doa... yang berbunyi...



Bismillahirrahmanirrahim...
~"Allahu Akbaru kabiraw walhamdu lillahi kathiraw wasubhanallahhi bukratau waasila.
Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama wati wal ardha hanifam muslimaw wama ana
minal musyrikin. Inna solati wanusuki wamahyaya wammamati lillahi rabbil'alamin.
La syarikalahu wabiza lika umirtu wa ana minal muslimin."~

Maksudnya:
Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya.
Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang
menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah
aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya

sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan
seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan
demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).


Lepas habis je bace doa tu...
Ayah ana pown bagitahu.."ape guna kite bace doa Iftitah ne kalau kita x beramal dengan maknanya??? Bukankah telah diberitahu...~Sesungguhnya
sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan
seru sekelian alam.~


Waktu tu ana tertunduk sebentar....berfikir...Astaghfirullah Hal 'azim...

Bukankah hidup, mati, jodoh dan rezeki itu datangnya dari ALLAH???

TePuK DaDa TanYa Iman...
JiKa BeNar NiaT KiTa uNtUk SaMPaiKaN iLMu DaN PerInGaTaN,
PiNta BeTuLKaN NiaT.... JgN KiTa SaMPaiKannYa KeRaNa aDe BaHaGiaN 'UNTUK MAKLUMAN' tu..

DaN JiKa BeNaR MaHu SaMPaiKaN PeRinGaTaN...x SalaH JiKa Di DelEtE BaHaGiaN 'UNTUK MAKLUMAN' tu...


Wallahu a'lam......

1 comment: