Photobucket

Thursday, April 16, 2009

Usaha itu insyaALLAH membuahkan hasil....

Assalamualaikum.....

waaa...kepenatan melanda....sgt2 penat maaa..
skang ngah baru balik tawaf stu KK3 just to print dis....
One and only...
Satu je untuk menyelamatkan markah Engineering Drawing ana yang
x berape nak gempak tu....huhuhuhu...


how tired we are.....
babe n atie jugak...
penat weyh....adesss...

tp, sayang ana xleh nak print secantik ini...sebab kebanyakan printing service x de autoCAD...
so, terpakse tukar lam word...nseb bek boleh...

Law ana crite dari mane bilik yg ana pergi..memang la x ingat nak diceritakan...
banyak sangat bilik yg kami 'lawat'..hee...
penat jgn ckp la..huhuhuhu..

last2 skali memang tinggal satu je bilik...
C3 301 x silap...
mmg tu la satu2 nye printing service yang tinggal...
dalam hati ana cakap law x dapat jugak...memang x de rezeki la namenye tu...

but finally..alhamdulillah..ditakdirkan...
dapat print....yeay!!!!
sronok2 walaupun penat x terkate...
yang kesiannye roommate ana sorang ne la....

penat jugak dye..sebab kene teman....
hee..thanxx babe..
"KATE KAWAN....SUSAH SENANG BERSAME"...ekekekeekke...
maaf le terpinjam ayat..heee

ermm....law fikir balik...
penat tu memang la penat...
tapi...
USAHA YANG KERAS ITU TAKKAN PERNAH TIDAK MEMBUAHKAN HASIL....

So..lepas ne...jangan berhenti berusaha!!!
CYAIYO2!!
GAMBATTE!!


Alang2 menyeluk pekasam...
Gut Luck untuk semua sahabat2 ana dari semua fakulti la senang.....
Dalam final tahun ne....

Buat memolek deh....heee...

Moge2 kite same2 dapat keputusan yang cemerlang.....

Assalamualaikum...

Saturday, April 11, 2009

PeRNaH KiTa FiKiR??? BeTaPa SaYanGnYa RaSuLuLLaH PaDa KiTa....

Assalamualaikum...
Sedih menerpa sejenak bila ana baca artikel ne dari blog SAHAM.....
Cuba baca betul2 dan fikir sejenak...


Suatu ketika, Rasulullah s.a.w dalam keadaan kelaparan. Nabi betul-betul lapar. Dikhabarkan sudah sebulan nabi tidak makan, pagi atau tengahari. Sekiranya baginda dapat makan, baginda akan makan hanya sekali sehari sahaja dan selalu dalam kelaparan. Disebabkan laparnya nabi, baginda tidak boleh melelapkan matanya. Walaupun perut baginda sudah diikat dengan batu, baginda masih lagi lapar. Dalam keadaan gelisah itu, baginda bangun dan tunaikan solat dua rakaat. Selesai sembahyang, baginda mengangkat kedua-dua belah tangan dan berdoa kepada Allah s.w.t.;

“ Ya Allah, aku lapar ya Allah”
“Aku lapar ya Allah”

Akhirnya setelah selesai Nabi berdoa, turun malaikat.
Malaikat berkata ;

“Ya Muhammad, Allah perintahkan minta apa sahaja yang engkau hendak minta”
”Apa sahaja yang engkau minta, Allah kabulkan. Hatta menjadikan gunung-gunung menjadi emas”

Tiba-tiba Rasulullah s.a.w. menjawab :
” Ya Allah, aku minta satu ya Allah, walaupun aku lapar, aku minta satu ya Allah, JANGAN ADA SATU DARI UMATKU MASUK KE DALAM NERAKA....aku sayang umatku ya Allah”

Sahabat muslimin dan muslimat...
Pernah kita fikir selama ini adakah kita jalankan segala saranan Rasulullah??
Pernah kita fikir pengorbanan baginda???
Pernah kita ada rasa untuk mencintai baginda???

Pernah kita hargai betapa sayangnya baginda pada kita???
Betapa baginda mendoakan kita walaupun terpaksa kelaparan???

Tika sakaratul mautnya.....
Perkataan apa yang keluar dari mulut baginda???
Ummati...ummati...ummati....

YA ALLAH...
tiada kata yang bisa keluar dari mulut ini...
tiada ungkapan yang dapat digantikan dengan betapa kasihnya Rasullullah pada umatnya..

x dapat nak teruskan penulisan....
sebak...

wallahu a'lam...

Friday, April 10, 2009

Ceritanya.....

Assalamualaikum....
Tika ini, air mata ana seperti rasa ingin mengalir.... Ntah..terase sebak tibe2..

Mungkin kerana semalam ana mimpi berpeluang untuk menunaikan haji...
Analah orang paling bahagia jika mimpi itu
adalah realiti..
Tapi, apa boleh buat..mungkin bukan rezeki ana lagi...

Sekali lagi ana rase sedih dan terkejut semalam...
Bila ana telefon kakak ana dan diberitakan tokki ana nak buat umrah dan nak
bawa sekali kembar ana....
Waaa...rase nak meraung-raung je...

Rupenye gurauan je...
Lega hati ana....
Mane tidaknye, dah lame anak bodek tokki ana nak ikut sekali, tibe2 dikhabarkan
kembar ana yang boleh ikut....huhuhuhu..
mujurlah hanya gurauan...


Tapi, jika fikir balik...
Bersediakah ana nak pijakkan kaki ke Tanah Suci tu...
Dosa pun banyak ne...

Solat taubat pun ntah bile nak buat....

Teringat pula kisah sahabat ana waktu mengerjakan umrah dahulu...
Katanya, di sana pada kali pertama mahu kucup Hajarul -Aswad, dye x berpeluang nak kucup...

Lepas tu, dye ceritakan bahawa dye teringat kate2 ustaz waktu melakukan kursus haji dan umrah...
kate ustaz tu, kalau seseorang tu x dapat kucup Hajarul -Aswad tu, maknenye memang Hajarul-Aswad tu x nak dikucup oleh seseorang tu...

Mungkin sebab hati seseorang tu..wallahu a'lam....
Sedih sahabat ana tu, lalu dye pun berdoa pada ALLAH...
Dan akhirnya dye berpeluang kucup Ha
jarul -Aswad..
Alhamdulillah....

InsyaALLAH...jika ana berpeluang pijakkan kaki ke sana...
Moga2 biarlah dikuburkan di sana...
Rase nak nangis sudah...
Tapi, macam susah je nak dapat....
Dah la banyak dosa...

Tapi, mane tau kan....
Kuasa tuhan....

Last.....
Untuk mak ngan ayahku....
Ya ALLAH...kau murahkanlah rezeki kedua ibu bapaku, agar mereka dapat menunaikan haji di Tanah Suci.
..
Dan jika boleh, cabutlah nyawa mer
eka di sana dengan aman...
Uwaa..walaupun ana tak kuat nak had
apinya, tapi jika itu ketentuan-Mu....
Ana tiada kuasa untuk menghalang....

wallahu a'lam....



Tuesday, April 7, 2009

Subhanallah...

Assalamualaikum...
gambar yg akan ana paparkan di bawah ini, adalah berkaitan dengan
ayat 37 surah Ar-Rahman yang ana paparkan dalam post yang sebelum ni...

Moga2 ia akan beri seribu keinsafan pada kita semua...


Mawar Merah Di Angkasa -
Gambar di bawah adalah gambar ledakan bintang di angkasa yang diperoleh NASA dengan Teleskop yang sangat canggih.Kejadian tersebut membuktikan kebenaran Firman Allah dalam Al-Quran Surah Ar-Rahman:
"Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah belah lalu menjadilah ia mawar merah, berkilat seperti minyak" (Ar-Rahman: 37)




wallahu a'lam....

Bismillahirrahmanirrahim... fabiayyi alaa irabbikuma tukazziban..

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah
lagi Maha
Pengasih

[1]

(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
[2]
Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.
[3]
Dia lah yang telah menciptakan manusia; -
[4]
Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.
[5]
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;
[6]
Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.
[7]
Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,
[8]
Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;
[9]
Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.
[10]
Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:
[11]
Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;
[12]
Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;
[13]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
[14]
Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,
[15]
Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;
[16]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[17]
(Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.
[18]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[19]
Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
[20]
Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;
[21]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[22]
Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;
[23]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[24]
Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;
[25]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[26]
Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:
[27]
Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:
[28]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[29]
Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!
[30]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?
[31]
Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!
[32]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[33]
Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!
[34]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[35]
Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);
[36]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[37]
Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;
[38]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[39]
Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);
[40]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[41]
Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);
[42]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[43]
(Lalu dikatakan kepada mereka): “Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya “.
[44]
Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!
[45]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[46]
Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -
[47]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[48]
(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -
[49]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[50]
Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; -
[51]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.
[52]
Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).
[53]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[54]
Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.
[55]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[56]
Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
[57]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[58]
Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.
[59]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[60]
Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?
[61]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[62]
Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);
[63]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[64]
Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;
[65]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[66]
Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:
[67]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[68]
Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,
[69]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[70]
Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;
[71]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[72]
Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;
[73]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[74]
(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;
[75]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[76]
Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.
[77]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[78]
Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.


Bila kali pertama ana baca makna surah ni..kali itulah rase sebak hati...rase nak mengalir air mata...

YA....MAKA YANG MANA SATU DI ANTARA NIKMAT-NIKMAT TUHAN KAMU, YANG KAMU HENDAK DUSTAKAN???

Wednesday, April 1, 2009

APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN DAN PEDOMAN....

Assalamualaikum wbh.
Ana titipkan kisah ne selepas dapat tahu yang ade kwn ana sendiri menyambut hari itu...
Moga2 kisah ini dapat beri kesedaran dan peringatan pada kite semua...
InsyaALLAH....


Ikutilah cerita sedih di sebalik April f00l's Day
sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah
orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.AWAS...


Berbalik kepada perayaan April f00l's Day ini, adalah ia mula dirayakan
sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak
berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya
runtuh diserang tentera-tentera Kristian.


Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam
rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan
orang-orang Islam dr Sepanyol.


Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar
keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan
mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu
penipuan, telah pergi kepelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan.


Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan
harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan
menuju ke pelabuhan.


Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah
dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.
Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh
kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah
yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol
tetapi juga di serata dunia.


Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini
turut meraikan April f00l's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara se-Islam mereka
sendiri.


Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.


Petikan drpd Risalah Fikrah


Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu


.....rawahuttirmizi Illal Liqaq

Wallahu a'lam...